Isnin, 16 Mei 2016

Resepi Paprik Seafood Ala Mamy Aimi

Selain tom yam,paprik seafood ni antara makanan yang fofular di tanah air Malaysia nih.Senang je nak masak.Campak-campak je gitu,hehehe.Kalau tak percaya,jom tengok resepi & cuba masak :)

Bahan-bahan :
-300 gram campuran udang dan sotong
-3 biji bawang merah dihiris
-3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
-1/2 inci halia dihiris halus
-1 biji bawang hollad di potong
-1/2 lobak merah dipotong
-sedikit bunga kobis
-4 batang kacang panjang dipotong
-3 helai daun limau purut
-2 sudu besar cili kering kisar
-6 sudu besar SOS MAGIK
-2 sudu besar sos tiram
-sedikit minyak bijan

-garam

Cara penyediaan :
-Tumis bawang merah,bawang putih & halia sehingga wangi.
-Kemudian masukkan cili kering kisar, masak hingga pecah minyak .
-Masukan bahan sos  tiram,SOS MAGIK dan letak sedikit air.
-Kemudian masukan lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga.  Biar sayur masak sedikit.
-Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
-Selepas adjust rasa masinnya,masukkan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
-Kacau sebentar dan siap dihidang.

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan