Sabtu, 14 Mei 2016

Resepi Ayam Panggang Masam Masin Bermadu ala Mamy Aimi

Waduh,waduhhh...nampak sedap bangat ayam panggang madu nih.Boleh meleleh air liur,hohoho :D

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - potong 16 dan dibersihkan

1/2 cawan paprika (serbuk lada) - terpulang la pada citarasa nak pedas mana

1/2 cawan sos tiram

1/2 cawan SOS MAGIK by Mamy Aimi 

1/2 cawan Madu

3 sudu besar@ 2 kiub serbuk pati ayam

1 sudu kecil mentega

CARA MASAK :

-  Bersihkan dan tos ayam.Letakkan dalam mangkuk @ bekas bersesuaian.

-  Dalam satu mangkuk lain,masukkan madu,serbuk paprika,sos tiram,
   SOS MAGIK dan serbuk pati ayam.
   Kacau hingga sebati.

- Tuangkan bahan-bahan yang telah sebati tadi ke atas ayam .

- Lumur dan gaul hingga rata bahan-bahan tersebut dengan ayam tadi.

- Tutup rapat-rapat bekas berisi ayam yang telah diperasakan itu dengan penutup bekas/aluminium foil/plastik.

-Masukkan bekas tu dalam fridge untuk proses perapan.

- Perap ayam tersebut minima 1 jam.Tapi kalau nak sedap,perap la 3-5 jam.

- Sapukan sedikit mentega pada permukaan non stick frying pan ( tutup la dengan penutup periuk ke) /pemanggang ajaib dan panaskan.

- Letakkan ayam yang telah diperap keatasnya.

- Bakar dengan api kecil selama 40minit-1jam @ sehingga benar-benar masak.

- Selepas masak,boleh hidangkan ayam bersama hirisan lemon.



SELAMAT MENCUBA :)



*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D










Tiada ulasan:

Catat Ulasan