Jumaat, 13 Mei 2016

Beef Steak with Mushroom Blackpepper Sauce ala Mamy Aimi



Beef steak sedap kan? Kalau nak makan kat kedai makanan western selalu pun boleh aje.Tapi kalau sekali-sekala masak sendiri best jugak.
Jadi,jom masak sendiri beef steak.Hasil tangan sendiri gitu,hehehe ;)


Bahan-bahan steak:

- 2 keping daging steak
- 2 sudu besar sos tiram.
- serbuk lada hitam 
- Minyak zaitun 

Cara penyediaan :

-Lumurkan serbuk lada hitam & sos tiram pada seluruh bahagian daging.
-Biarkan selama 10minit.
-Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
-Masak daging steak dengan api kecil sehingga lembut.

******************************************

Bahan - Bahan Sos :

-1 sudu besar mentega
-1 sudu besar tepung gandum 
-1 cawan air susu 
-1 sudu besar black pepper yg ditumbuk kasar
-2 sudu besar sliced mushroom
-2 sudu besar SOS MAGIK by Mamy Aimi
-Garam secukup rasa
-Secubit kiub pati ayam ( optional)

Cara penyediaan:


-Larutkan tepung gandum dengan air susu.
-Cairkan mentega dlm saucepan dengan api kecil. 

-Bila mentega sudah cair , masukkan campuran air susu dan tepung, kacau rata. 
-Bila dah berbuih-buih masukkan black pepper,mushroom ,SOS MAGIK Mamy Aimi dan kiub pati ayam. 
-Kacau sehingga agak pekat. Perisakan dgn garam. 
-Matikan api selepas menggelegak.

******************************************

Bahan-bahan  (optional) :

-1 cawan Lobak merah (dikupas & dipotong dadu)
-1 cawan Kentang (dikupas & dipotong dadu)
-1 cawan Brokoli @asparagus ( dipotong kecil)
- 1 biji tomato
- 1 sudu kecil Minyak zaitun
- Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

- Panaskan kuali,masukkan minyak zaitun.Masak lobak merah dan kentang hingga lembut.
-Kemudian masukkan brokoli@asparagus.
-Selepas layur,masukkan tomato.
-Perasakan dengan garam.Sedia untuk dihidang.




*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D





Tiada ulasan:

Catat Ulasan