Khamis, 12 Mei 2016

Resepi Crab Cream Croquettes yang Awesome

                  Rangup di luar,lembut di dalam.Masuk je dalam mulut,wallaaa...melting tau :D

Crab Cream Croquettes..Pernah dengar tak nama masakan nih ? Kalau selalu pergi AEON Jusco,rasanya mesti pernah nampak kan? 


Ahhaa..jangan tak tau pulak yang masakan ni bukan la masakan Jepun tapi sebenarnya berasal daripada Perancis.Bonjour gitu,hehehe.


Menjadi terkenal juga di Jepun dan beberapa negara lain disebabkan rasa makanan nih yang super duper triper sedap!


Nak try masak sendiri tak? Tengok resepi kat bawah yeh :)



BAHAN UNTUK INTI :


1 biji bawang besar Holland (ala,bawang besar yg kaler kuning tu)

60 g butter
6 sudu besar tepung gandum
500 ml susu lembu 
100 g isi jagung ( yg jenis corn cream lagi sodap :D )
160 g isi ketam aka crabsticks
Secubit garam 
Secubit lada sulah 

BAHAN UNTUK SALUT :



Tepung gandum secukupnya 

1 biji telur ayam 
Breadcrumbs secukupnya

BAHAN UNTUK TOPPING :


Sos Magik Mamy Aimi

Hirisan lemon

  ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


 CARA MASAK DAN PENYEDIAAN:


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


1.Kupas dan cincang bawang besar Holland.


2.Tumis bawang Holland yang dah dicincang bersama mentega .Guna api kecil supaya tak hangus.


3.Selepas bawang dah lembut dan wangi.


4.Masukkan dengan segera 6 sudu besar tepung gandum dan kacau rata selama 2-3minit.


5.Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau rata.Guna api kecil.Ini bagi mengelakkan menjadi berketul-ketul.


6.Kemudian,masukkan isi ketam,isi jagung,lada sulah dan garam secukup rasa.





7.Masak lagi selama 5 minit.


8.Masukkan lagi susu sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang diingini.


9.Bila sudah sebati,tuangkan campuran tersebut ke dalam tray dan ratakan permukaan.Biarkan sejuk sebentar.





10.Tutup tray dengan aluminium foil dan sejukkan dalam fridge selama 30 minit.


11.Keluarkan dari fridge dan bentukkan kepada bentuk croquette.


12.Simpan lagi dalam fridge selama 10 minit (optional).


13.Sediakan 3 mangkuk dan letak bahan berikut secara berasingan- tepung gandum,telur ayam yang dipukul,bread crumbs.





14.Celup croquette yang dah dibentuk ke dalam tepung,diikuti telur dan akhir sekali bread crumbs.






15.Goreng dengan minyak panas hingga rangup dan keperangan.




16.Tos.Perahkan air lemon (jika suka).Topping dengan Sos Magik Mamy Aimi.Sedia untuk dimakan.





SELAMAT MENCUBA :)



*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.
Ok tata :D








Tiada ulasan:

Catat Ulasan