Rabu, 27 Februari 2019

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak ( Resepi Mamy Aimi )


Mamy bukan orang Pahang.Dan tak dibesarkan
dengan makan gulai masak tempoyak .Jadi ni baru cuba- cuba nak masak sendiri lepas asyik menapau aje gulai ni,hik hik ๐Ÿ˜…

Belajar la masak dengan chef google.First time rasa pedas & masam sangat.Second time try,tak tahu apa yang tak kena tapi masih tak puas hati sebab tak cukup "kick".

Kali ketiga masak,baru dapat sama macam gulai ikan patin tempoyak kt restoran masakan pahang yang selalu Mamy pergi singgah makan.

Ini lah hasilnya ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป






Kena modify sendiri resepi.Ikut resepi cehef google bulat2 ,memang x tak bole pakai๐Ÿคฃ

Ni resepi lepas Mamy dah modify.
Lps ni takyah beli & menapau lagi jauh2,kih kih kih๐Ÿ˜


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak 
( Resepi Mamy Aimi )
----------------------------------------

Bahan- bahan :

๐ŸŒธ Ikan Patin seekor
๐ŸŒธ Tempoyak 2 senduk
๐ŸŒธ Cili padi 10 biji
๐ŸŒธ Kunyit hidup 1 inci
๐ŸŒธ Susu tepung (soya) 1 cawan
๐ŸŒธ Gula putih 1 sudu besar
๐ŸŒธGula perang 1 sudu besar
๐ŸŒธKiub ayam maggie separuh kiub
๐ŸŒธAir masak 1.5 liter
๐ŸŒธGaram secukup rasa
๐ŸŒธDaun kesum 1 ikat
๐ŸŒธBunga kantan 1 batang

Cara Masak :
---------------------

1.Rendam ikan patin bersih dlm air + tepung gandum smpi hilang bau hanyir.Mamy rendam 2 jam sebab sambil merendam,nak pi vacuum rumah dan buat kerja lain,hehehe.

Lepas 2 jam,Mamy bilas dengan air bersih & toskan.

2. Blender kan bhn berikut - air 1.5 liter,kunyit hidup,cili padi,tempoyak,susu tepung

3.Masukkan bhn blender dlm periuk.Tambah sekali bunga kantan,daun kesum,gula,kiub maggie.

4.Rebus bhn blender hingga mendidih baru masukkan ikan.
Masak ikan hingga cukup masak.

5.Perasa kan dgn garam.

6.Tutup api.Siap untuk dimakan dan dihirup๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Notes :
------------
1.Nak manis,tambah lagi gula.
2.Nak pedas,tambah lagi cili padi.

Pandai- pandai la ikut selera masing- masing yeh.

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ’•


Isnin, 16 Mei 2016

Resepi Paprik Seafood Ala Mamy Aimi

Selain tom yam,paprik seafood ni antara makanan yang fofular di tanah air Malaysia nih.Senang je nak masak.Campak-campak je gitu,hehehe.Kalau tak percaya,jom tengok resepi & cuba masak :)

Bahan-bahan :
-300 gram campuran udang dan sotong
-3 biji bawang merah dihiris
-3 ulas bawang putih ditumbuk sederhana
-1/2 inci halia dihiris halus
-1 biji bawang hollad di potong
-1/2 lobak merah dipotong
-sedikit bunga kobis
-4 batang kacang panjang dipotong
-3 helai daun limau purut
-2 sudu besar cili kering kisar
-6 sudu besar SOS MAGIK
-2 sudu besar sos tiram
-sedikit minyak bijan

-garam

Cara penyediaan :
-Tumis bawang merah,bawang putih & halia sehingga wangi.
-Kemudian masukkan cili kering kisar, masak hingga pecah minyak .
-Masukan bahan sos  tiram,SOS MAGIK dan letak sedikit air.
-Kemudian masukan lobak merah, kacang panjang dan kobis bunga.  Biar sayur masak sedikit.
-Lepas tu baru masuk sotong dan udang, dua tiga titik minyak bijan dan garam.
-Selepas adjust rasa masinnya,masukkan daun limau purut, kemudian baru masuk bawang holland yg dipotong tadi.
-Kacau sebentar dan siap dihidang.

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D


Sabtu, 14 Mei 2016

Resepi Ayam Panggang Masam Masin Bermadu ala Mamy Aimi

Waduh,waduhhh...nampak sedap bangat ayam panggang madu nih.Boleh meleleh air liur,hohoho :D

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - potong 16 dan dibersihkan

1/2 cawan paprika (serbuk lada) - terpulang la pada citarasa nak pedas mana

1/2 cawan sos tiram

1/2 cawan SOS MAGIK by Mamy Aimi 

1/2 cawan Madu

3 sudu besar@ 2 kiub serbuk pati ayam

1 sudu kecil mentega

CARA MASAK :

-  Bersihkan dan tos ayam.Letakkan dalam mangkuk @ bekas bersesuaian.

-  Dalam satu mangkuk lain,masukkan madu,serbuk paprika,sos tiram,
   SOS MAGIK dan serbuk pati ayam.
   Kacau hingga sebati.

- Tuangkan bahan-bahan yang telah sebati tadi ke atas ayam .

- Lumur dan gaul hingga rata bahan-bahan tersebut dengan ayam tadi.

- Tutup rapat-rapat bekas berisi ayam yang telah diperasakan itu dengan penutup bekas/aluminium foil/plastik.

-Masukkan bekas tu dalam fridge untuk proses perapan.

- Perap ayam tersebut minima 1 jam.Tapi kalau nak sedap,perap la 3-5 jam.

- Sapukan sedikit mentega pada permukaan non stick frying pan ( tutup la dengan penutup periuk ke) /pemanggang ajaib dan panaskan.

- Letakkan ayam yang telah diperap keatasnya.

- Bakar dengan api kecil selama 40minit-1jam @ sehingga benar-benar masak.

- Selepas masak,boleh hidangkan ayam bersama hirisan lemon.



SELAMAT MENCUBA :)



*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D










Jumaat, 13 Mei 2016

Beef Steak with Mushroom Blackpepper Sauce ala Mamy Aimi



Beef steak sedap kan? Kalau nak makan kat kedai makanan western selalu pun boleh aje.Tapi kalau sekali-sekala masak sendiri best jugak.
Jadi,jom masak sendiri beef steak.Hasil tangan sendiri gitu,hehehe ;)


Bahan-bahan steak:

- 2 keping daging steak
- 2 sudu besar sos tiram.
- serbuk lada hitam 
- Minyak zaitun 

Cara penyediaan :

-Lumurkan serbuk lada hitam & sos tiram pada seluruh bahagian daging.
-Biarkan selama 10minit.
-Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
-Masak daging steak dengan api kecil sehingga lembut.

******************************************

Bahan - Bahan Sos :

-1 sudu besar mentega
-1 sudu besar tepung gandum 
-1 cawan air susu 
-1 sudu besar black pepper yg ditumbuk kasar
-2 sudu besar sliced mushroom
-2 sudu besar SOS MAGIK by Mamy Aimi
-Garam secukup rasa
-Secubit kiub pati ayam ( optional)

Cara penyediaan:


-Larutkan tepung gandum dengan air susu.
-Cairkan mentega dlm saucepan dengan api kecil. 

-Bila mentega sudah cair , masukkan campuran air susu dan tepung, kacau rata. 
-Bila dah berbuih-buih masukkan black pepper,mushroom ,SOS MAGIK Mamy Aimi dan kiub pati ayam. 
-Kacau sehingga agak pekat. Perisakan dgn garam. 
-Matikan api selepas menggelegak.

******************************************

Bahan-bahan  (optional) :

-1 cawan Lobak merah (dikupas & dipotong dadu)
-1 cawan Kentang (dikupas & dipotong dadu)
-1 cawan Brokoli @asparagus ( dipotong kecil)
- 1 biji tomato
- 1 sudu kecil Minyak zaitun
- Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

- Panaskan kuali,masukkan minyak zaitun.Masak lobak merah dan kentang hingga lembut.
-Kemudian masukkan brokoli@asparagus.
-Selepas layur,masukkan tomato.
-Perasakan dengan garam.Sedia untuk dihidang.




*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D





Khamis, 12 Mei 2016

Resepi Crab Cream Croquettes yang Awesome

                  Rangup di luar,lembut di dalam.Masuk je dalam mulut,wallaaa...melting tau :D

Crab Cream Croquettes..Pernah dengar tak nama masakan nih ? Kalau selalu pergi AEON Jusco,rasanya mesti pernah nampak kan? 


Ahhaa..jangan tak tau pulak yang masakan ni bukan la masakan Jepun tapi sebenarnya berasal daripada Perancis.Bonjour gitu,hehehe.


Menjadi terkenal juga di Jepun dan beberapa negara lain disebabkan rasa makanan nih yang super duper triper sedap!


Nak try masak sendiri tak? Tengok resepi kat bawah yeh :)



BAHAN UNTUK INTI :


1 biji bawang besar Holland (ala,bawang besar yg kaler kuning tu)

60 g butter
6 sudu besar tepung gandum
500 ml susu lembu 
100 g isi jagung ( yg jenis corn cream lagi sodap :D )
160 g isi ketam aka crabsticks
Secubit garam 
Secubit lada sulah 

BAHAN UNTUK SALUT :



Tepung gandum secukupnya 

1 biji telur ayam 
Breadcrumbs secukupnya

BAHAN UNTUK TOPPING :


Sos Magik Mamy Aimi

Hirisan lemon

  ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


 CARA MASAK DAN PENYEDIAAN:


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


1.Kupas dan cincang bawang besar Holland.


2.Tumis bawang Holland yang dah dicincang bersama mentega .Guna api kecil supaya tak hangus.


3.Selepas bawang dah lembut dan wangi.


4.Masukkan dengan segera 6 sudu besar tepung gandum dan kacau rata selama 2-3minit.


5.Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau rata.Guna api kecil.Ini bagi mengelakkan menjadi berketul-ketul.


6.Kemudian,masukkan isi ketam,isi jagung,lada sulah dan garam secukup rasa.





7.Masak lagi selama 5 minit.


8.Masukkan lagi susu sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang diingini.


9.Bila sudah sebati,tuangkan campuran tersebut ke dalam tray dan ratakan permukaan.Biarkan sejuk sebentar.





10.Tutup tray dengan aluminium foil dan sejukkan dalam fridge selama 30 minit.


11.Keluarkan dari fridge dan bentukkan kepada bentuk croquette.


12.Simpan lagi dalam fridge selama 10 minit (optional).


13.Sediakan 3 mangkuk dan letak bahan berikut secara berasingan- tepung gandum,telur ayam yang dipukul,bread crumbs.





14.Celup croquette yang dah dibentuk ke dalam tepung,diikuti telur dan akhir sekali bread crumbs.






15.Goreng dengan minyak panas hingga rangup dan keperangan.




16.Tos.Perahkan air lemon (jika suka).Topping dengan Sos Magik Mamy Aimi.Sedia untuk dimakan.





SELAMAT MENCUBA :)



*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.
Ok tata :D








Khamis, 5 Mei 2016

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Style Mamy Aimi


Nyum,nyum,nyum..sedapnye kalau dapat makan siakap stim limau musim hujan-hujan begini.Teringin nak masak sendiri jugak? Scroll bawah untuk resepi ;)

Bahan-bahan :

-1 ekor ikan siakap  (bersihkan dan kelar di tepi)
-3 ulas bawang putih (dicincang)
-2 biji bawang besar (dihiris)
-1 inci halia (dihiris)
-2 batang serai (ketuk bahagian hujung)
-5 biji cili (dihiris)
-2 biji limau nipis (dibelah dua dan biji dibuang)
-3 sudu besar SOS MAGIK by Mamy Aimi
-1 biji tomato (dipotong dadu untuk hiasan)
- seikat daun sup ( dicarik untuk hiasan)
-1 cawan air masak

Cara penyediaan :

- Lumur ikan dengan sos magik Mamy Aimi dan biarkan seketika
- Tabur semua yang ada di atas permukaan ikan kecuali tomato.
- Masukkan air & perahkan limau nipis atas ikan
- Kukus sehingga ikan masak.Lepas ikan dah masak,baru letak tomato untuk hiasan.
- Sedia untuk dihidang dan dimakan.

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari SOS MAGIK by Mamy Aimi nih,boleh order secara online je kat 013-6012797.Senang aje :)

Rabu, 4 Mei 2016

Brokoli & Cendawan Goreng Campur ala Mamy Aimi


Resepi sayur ni memang tersangat sempoi.Pejam mata pun boleh buat tau.Sesuai sangat utk golongan yang nak makan sedap tapi mudah dan cepat disediakan.Resepi dan cara masak,scroll kat bawah yeh ;)

Bahan-bahan :

- 1 sudu kecil minyak zaitun ( minyak kelapa sawit pun bole aje)
- 200g Brokoli dipotong kecil
- 200g Cendawan putih/hitam dipotong kecil
- 1 biji Tomato dipotong dadu
- 1 biji bawang merah dihiris
- 2 sudu besar sos magik Mamy Aimi

Cara masak :

- Panaskan kuali dan tuangkan minyak zaitun
- Tumis bawang merah hingga naik bau wangi
- Masukkan brokoli dan tumis 1 minit
- Masukkan cendawan,tomato dan sos Magik Mamy Aimi
- Kacau rata dan tumis hingga sayur layur
- Sedia untuk dihidangkan dan dimasak

Senang je kan? Resepi ni mesti cuba.Kalau rasa nak mewah sikit,boleh juga letak fish ball ke,isi udang ke,isi ayam ke,hehehe.Selamat mencuba ;)

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D