Jumaat, 4 Mac 2016

Mee Goreng Eksklusif Ala Mamy Aimi


Yuuhuuuu...selamat beristirehat semua.Rajin menggoogle resepi nampak :D
Awak-awak semua suka tak makan mee goreng ?

Mamy Aimi nih spesies suka makan pelbagai jenis mee.Dan mee kuning mmg selalu ada dalam peti ais supaya kalau super busy (or super malas nak masak,ohohoho ),bole masak mee aje.
Senang,mudah dan pantas.
Takde la encik suami merungut kelaparan,hehehe :P

Hari ni Mamy Aimi nak share lagi resepi super pantas tapi super sedap utk golongan mommies yg busy tapi nak jugak bagi suami & anak-anak makan hasil air tangan sendiri.
Lebih berkat dan eksklusif gitu.

Cekidout okkayh !  ;)


******************************
Bahan-bahan :
******************************

1-3 sudu besar minyak masak 
( kalo nak sihat,guna la sunflower oil ke,olive oil ke.tapi kalo budget kurang,guna ajela minyak kelapa sawit kay ? )

BAHAN A :
----------------

- 1 mangkuk kecil isi ayam dipotong kecil-kecil 
  ( kuantiti ikut suka la :P )
- 1 mangkuk kecil fishball & fishcake 
   ( yg ni pun kuantiti ikut suka)
- 1 mangkuk isi udang 
  ( kalo ada budget lebih,taruk la banyak.baru bestt)
- 2 ekor sotong 

P/S : Kalau nak senang,guna je frozen seafood mix yg ada jual kt supermarket tuh.Ayam pulak,guna yg dh siap potong2 tuh.

BAHAN B :
----------------

- 2 ulas bawang putih dihiris
- 2 ulas bawang merah dihiris
- 1 sudu besar cili boh @ cili giling ( adjust nak pedas mana)
- 1 sudu kecil serbuk kari ayam 
- 2 sudu besar sos magik Mamy Aimi
- 2 sudu besar sos tiram 

BAHAN C :
----------------
- 1 peket mee kuning dibilas dengan air suam
- 1 mangkuk sawi jepun dipotong( baru la ada color hijau & lebih sihat )
- 1 mangkuk taugeh ( optional- sape suka je letak yeh )

BAHAN D :
----------------
2 batang daun bawang dihiris
1 batang lada merah
1 biji limau nipis @ limau kasturi
1 biji telur ayam rebus ( dibelah 8,jimat sikit..lalalalala)


*****************************

Cara masak :
****************************

1. Panaskan 2 sudu minyak masak.Lepas tu goreng semua Bahan A sampai separuh masak.Tos dan letak tepi.
2.Panaskan 1 -2 sudu minyak masak,tumis bawang putih dan merah sampai naik bau wangi.Lepas tu,masukkn semua cili boh@cili giling,serbuk kari,sos tiram & sos magik Mamy Aimi.Tumis sampai sekata.

3.Masukkan semua Bahan C.Gaul sampai warna sekata dan mee serta sayur-sayuran tadi menjadi lembut.Lepas tu masukkan Bahan A yang dah digoreng tadi.Gaul lagi sampai rata.

4.Tutup api dan masukkan ke dalam pinggan.Hiaskan dengan bahan D.
   Hidangkan dan sedia untuk di ngap sampai licin,eh? :P

Selamat Memasak :)




*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.
Ok tata :D

Gambar kredit : mybarecupboard.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan