Lala masak Kam Heong.Nampak sodap ajo ;)
Biasa tak makan lala ? Sedap tau lala.Kita boleh masak pelbagai jenis masakan dengan lala seperti gulai lemak, masak bersama pasta, goreng bercili dan lain-lain.
Kali ni Mamy Aimi nak kongsi resepi super simple masak lala yang sedap ni.
Resepi scrol kat bawah ;)
Bahan-Bahannya
300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
7 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering/udang basah (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar Sos Magik Mamy Aimi
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa
Cara Membuatnya:-
- Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, sos Magik Mamy Aimi sebagai bahan perencah.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering/udang basah hingga naik bau.
-Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati.
-Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
-Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau hingga sebati.
Dah siap dan boleh la dimakan bersama nasi putih panas-panas.
*****************************************
Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.
Ok tata :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan