Jumaat, 15 April 2016

Resepi Chicken Chop Ulala ala Mamy Aimi

                                Masakan western "WAJIB" di kedai-kedai western,ehem2 :D

Kat Malaysia ni antara masakan western yang super glamor adalah Chicken Chop.Rupa-rupanya tak susah sangat nak masak Chicken Chop ni pun.Nak pulak dah ada sos special macam SOS MAGIK keluaran Mamy Aimi nih.Tak percaya?

Kalau tak percaya,cuba tgk resepi kat bawah nih & try masak kay :D


Resepi Chicken Chop Ulala ala Mamy Aimi

Bahan-bahannya :-

2 keping peha ayam tanpa tulang dan tanpa kulit
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk roti / breadcrumbs
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sos Magik by Mamy Aimi

Side dish (optional) :

Tomato yang dihiris
Timun yang dihiris
Kepingan Salad 
Kentang goreng (siap digoreng)

Cara Membuatnya :-

1. Cuci Ayam bersih-bersih terlebih dahulu. Toskan airnya. Kemudian taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa.

2. Sediakan 3 pinggan / mangkuk dan dalamnya letakkan berasingan tepung gandum, telur yang dipukul dan serbuk roti 

3.Ambil setiap keping ayam dan salutkan dengan tepung gandum. Kemudian pindahkan peha ayam ke pinggan berisi telur. Celupkan peha ayam tu dalam telur ayam.

4,Angkat dari pinggan telur dan pindahkan ke pinggan berisi serbuk roti. Salutkan seluruh kepingan peha ayam dengan serbuk roti. Ulangkan cara yang sama untuk kepingan kedua. 
   
5.Setelah itu panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.

6.Gorengkan setiap kepingan peha ayam hingga kuning keemasan.

7.Angkat dan toskan minyaknya. 

8.Hidangkan atas pinggan bersama side dish.Tuangkan sos Magik Mamy Aimi.

Taraaa...dah siap.Senang je kan? Lepas ni boleh la masak sendiri kat rumah.

SELAMAT MENCUBA ;)



*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand 
Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.
Ok tata :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan