Isnin, 1 Februari 2016

Resepi Char Kuey Teow Kaw-Kaw ala Mamy Aimi


                                 Gambar ni I google aje,hehehe :P

****************************************************

Allooohaaa...teringin makan Char Kuey Teow special ? Jom la masak sendiri je kat rumah,bukannya susah sangat pun. 

Udang & kerang boleh taruk kaw-kaw ikut suka.

Nak resepi ? Meh scroll kat bawah dan check it out okkayh ? ;)

P/S : Resepi ni utk sukatan sepinggan je.Kalo nak makan ramai2,darabkan aje kuantiti dgn      bilangan org yang nak makan.Kasi exercise sikit otak kite bila mengira,hehehehe :P

*****************************************************

Bahan-bahan (untuk sepinggan sahaja)

  • kuey teow separuh peket
  • udang besar 
  • isi kerang yang direbus
  • 2-3 sudu minyak masak
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 ulas bawang merah
  • 1-3 sudu cili giling @ cili boh ( ikut tahap kepedasan yg dikehendaki)
  • 1 sudu besar sos magik brand Mamy Aimi
  • 1 sudu sos tiram 
  • 1 sudu petis udang ( optional )
  • air rebusan kerang
  • daun kuchai (hiris dalam 2 inci)
  • taugeh
  • 1-2 biji telur
  • cili jeruk sebagai hiasan dan penambah selera


****************************************************
CARA MEMASAK :

  1. goreng udang besar dengan sedikit minyak sampai perang.tos,angkat dan ketepikan.
  2. dengan minyak hasil gorengan udang tadi, masukkan bawang putih dan bawang merah. tumis sampai naik bau ( jangan sampai hangus pulak,heheh)
  3. masukkan cili giling @ cili boh..ikut tahap kepedasan yang disukai. kacau rata sehingga pecah minyak dan hampir kering.
  4. masukkan 1 sudu sos magik Mamy Aimi, sos tiram dan petis udang ( optional.sape ada alahan,tak payah la letak.nanti asyik assyumm assyumm aje ) . Kacau sampai rata.
  5. besarkan sedikit api & masukkan air rebusan kerang.kacau lagi sampai sebati.
  6. masukkan kuey teow, kalau ada jenis yang nipis.kalau takde,kuey teow biasa pun ok aje.
  7. masukkan taugeh dan daun kuchai
  8. kacau rata, api biar besar
  9. pecahkan dan masukkan telur
  10. kacau rata biarkan mendidih dalam 5 saat.
  11. tutup api dan boleh hidangkan.
  12. makan dengan cili jeruk pun sodapp.

SELAMAT MENCUBA :)

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan