Rabu, 10 Februari 2016

Resepi Simple Ayam Kung Pao ala Mamy Aimi

                      Tadaaaa...Gambar Ayam Kung Pao yang membuat Mamy Aimi terliur :P


         Kung pao ? Mcm sejenis kung fu je bunyinye,macam bunyi pau pun ada ,hehehe...

Kung Pao ni maksudnya "spicy stir-fry" ataupun masakan tumis pedas yang dihasilkan daripada kombinasi ayam, kacang, sayur-sayuran,lada dan cili. 

Menu ini juga adalah hidangan klasik dalam masakan Szechuan yang berasal dari Wilayah Sichuan di tengah barat Negara Cina ( kalau tak percaya,cuba google,huhuhu ). 

Nak tahu sedap ke tidak menu ini, cuba la masak.Asyik makan menu yang sama,sekali sekala kite makan ala Chinese style pulak la eh.

Bahagian ayam yang sesuai untuk membuat menu ini ialah bahagian dada atau isi ayam tanpa tulang. 

Boleh jugak gunakan peha ayam tapi  buang la tulangnya terlebih dahulu.Baru la senang nak terus ngap :D

Ok,tak nak merepek panjang.Nak resepi nya? Cekidout kat bawah ;)  


Bahan-Bahannya :-

400grm isi ayam / dada ayam (dipotong kecil)
8 tangkai cili kering (dipotong pendek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar kacang gajus (yang telah dipanggang)
1/2 biji cili benggala (dipotong kecil)
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
1 sudu kecil minyak bijan (untuk menumis)
Beberapa helai daun sup (dihiris)

Bahan Perapan

1 sudu besar sos Magik Mamy Aimi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil minyak bijan

Bahan Sos

3 sudu besar sos Magik Mamy Aimi
2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
1/4 cawan stok ayam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya:-


- Bersihkan ayam dan toskan.

-Masukkan ayam tadi ke dalam satu mangkuk bersama bahan perapan.
 Perapkan selama 30 minit. 

- Dalam mangkuk lain, bancuhkan bahan sos.

-Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Angkat ayam dan ketepikan.

-Gunakan kuali yang sama. Baki minyak menggoreng dikurangkan hingga tinggal sedikit je dan tambahkan minyak bijan.

-Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau wangi.Kemudian masukkan cili kering. 

-Tambahkan ayam yg telah digoreng awal tadi, lada benggala dan kacang  gajus.

-Kemudian masukkan bahan sos. Kacau hingga semua sebati selama 5 minit. 


-Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan dan taburkan daun bawang.


TIPS RINGKAS :

- Masa potong cili kering tu,jangan lupa buangkan biji cili.Kalau tak,nanti tahap kepedasan masakan susah nak kontrol

- Lepas tu,kalau tangan rasa panas pijar terkena biji cili kering,boleh rendam tangan dengan   air baki basuhan beras.Tak pun lembabkan sikit tangan,pastu sapukan bedak sejuk.Confirm sejukkkkk je,hehehe

SELAMAT MENCUBA ;) 


Isnin, 1 Februari 2016

Resepi Char Kuey Teow Kaw-Kaw ala Mamy Aimi


                                 Gambar ni I google aje,hehehe :P

****************************************************

Allooohaaa...teringin makan Char Kuey Teow special ? Jom la masak sendiri je kat rumah,bukannya susah sangat pun. 

Udang & kerang boleh taruk kaw-kaw ikut suka.

Nak resepi ? Meh scroll kat bawah dan check it out okkayh ? ;)

P/S : Resepi ni utk sukatan sepinggan je.Kalo nak makan ramai2,darabkan aje kuantiti dgn      bilangan org yang nak makan.Kasi exercise sikit otak kite bila mengira,hehehehe :P

*****************************************************

Bahan-bahan (untuk sepinggan sahaja)

  • kuey teow separuh peket
  • udang besar 
  • isi kerang yang direbus
  • 2-3 sudu minyak masak
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 ulas bawang merah
  • 1-3 sudu cili giling @ cili boh ( ikut tahap kepedasan yg dikehendaki)
  • 1 sudu besar sos magik brand Mamy Aimi
  • 1 sudu sos tiram 
  • 1 sudu petis udang ( optional )
  • air rebusan kerang
  • daun kuchai (hiris dalam 2 inci)
  • taugeh
  • 1-2 biji telur
  • cili jeruk sebagai hiasan dan penambah selera


****************************************************
CARA MEMASAK :

  1. goreng udang besar dengan sedikit minyak sampai perang.tos,angkat dan ketepikan.
  2. dengan minyak hasil gorengan udang tadi, masukkan bawang putih dan bawang merah. tumis sampai naik bau ( jangan sampai hangus pulak,heheh)
  3. masukkan cili giling @ cili boh..ikut tahap kepedasan yang disukai. kacau rata sehingga pecah minyak dan hampir kering.
  4. masukkan 1 sudu sos magik Mamy Aimi, sos tiram dan petis udang ( optional.sape ada alahan,tak payah la letak.nanti asyik assyumm assyumm aje ) . Kacau sampai rata.
  5. besarkan sedikit api & masukkan air rebusan kerang.kacau lagi sampai sebati.
  6. masukkan kuey teow, kalau ada jenis yang nipis.kalau takde,kuey teow biasa pun ok aje.
  7. masukkan taugeh dan daun kuchai
  8. kacau rata, api biar besar
  9. pecahkan dan masukkan telur
  10. kacau rata biarkan mendidih dalam 5 saat.
  11. tutup api dan boleh hidangkan.
  12. makan dengan cili jeruk pun sodapp.

SELAMAT MENCUBA :)

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D