Kung pao ? Mcm sejenis kung fu je bunyinye,macam bunyi pau pun ada ,hehehe...
Kung Pao ni maksudnya "spicy stir-fry" ataupun masakan tumis pedas yang dihasilkan daripada kombinasi ayam, kacang, sayur-sayuran,lada dan cili.
Menu ini juga adalah hidangan klasik dalam masakan Szechuan yang berasal dari Wilayah Sichuan di tengah barat Negara Cina ( kalau tak percaya,cuba google,huhuhu ).
Nak tahu sedap ke tidak menu ini, cuba la masak.Asyik makan menu yang sama,sekali sekala kite makan ala Chinese style pulak la eh.
Bahagian ayam yang sesuai untuk membuat menu ini ialah bahagian dada atau isi ayam tanpa tulang.
Boleh jugak gunakan peha ayam tapi buang la tulangnya terlebih dahulu.Baru la senang nak terus ngap :D
Ok,tak nak merepek panjang.Nak resepi nya? Cekidout kat bawah ;)
Bahan-Bahannya :-
400grm isi ayam / dada ayam (dipotong kecil)
8 tangkai cili kering (dipotong pendek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar kacang gajus (yang telah dipanggang)
1/2 biji cili benggala (dipotong kecil)
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
1 sudu kecil minyak bijan (untuk menumis)
Beberapa helai daun sup (dihiris)
Bahan Perapan
1 sudu besar sos Magik Mamy Aimi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil minyak bijan
Bahan Sos
3 sudu besar sos Magik Mamy Aimi
2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
1/4 cawan stok ayam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:-
- Bersihkan ayam dan toskan.
-Masukkan ayam tadi ke dalam satu mangkuk bersama bahan perapan.
Perapkan selama 30 minit.
- Dalam mangkuk lain, bancuhkan bahan sos.
-Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Angkat ayam dan ketepikan.
-Gunakan kuali yang sama. Baki minyak menggoreng dikurangkan hingga tinggal sedikit je dan tambahkan minyak bijan.
-Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau wangi.Kemudian masukkan cili kering.
-Tambahkan ayam yg telah digoreng awal tadi, lada benggala dan kacang gajus.
-Kemudian masukkan bahan sos. Kacau hingga semua sebati selama 5 minit.
-Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan dan taburkan daun bawang.
TIPS RINGKAS :
- Masa potong cili kering tu,jangan lupa buangkan biji cili.Kalau tak,nanti tahap kepedasan masakan susah nak kontrol
- Lepas tu,kalau tangan rasa panas pijar terkena biji cili kering,boleh rendam tangan dengan air baki basuhan beras.Tak pun lembabkan sikit tangan,pastu sapukan bedak sejuk.Confirm sejukkkkk je,hehehe
SELAMAT MENCUBA ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan