Sabtu, 2 Januari 2016

Resepi Ayam Kam Heong ala Mamy Aimi

Ini la rupa Ayam Kam Heong.Amacam,nampak sedap kan? :D


Kalau pernah ke kedai Masakan Cina Muslim, rasanya mesti pernah terlihat menu Kam Heong ni...Ada macam-macam jenis masakan Kam Heong.Ada yang guna ayam,ketam,lala,sotong dan udang...

Kam heong bermaksud Golden Fragrance atau Berbau Wangi....
Nak tau betul wangi ke tak,jom la cuba masak.Resepi ada kat bawah nih ;)


Bahan-Bahannya

4 ketul peha ayam / 300gm isi ayam
(dipotong kecil)
1 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
5 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering/udang basah (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos Magik Mamy Aimi
1 biji bawang besar (dipotong 6)
1/2 biji cili bengala (optional)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

- Cuci ayam & toskan. Gaulkan sedikit garam & tepung jagung.

- Kemudian digoreng hingga masak tapi jangan garing sangat. 
Diangkat dan  diasingkan.

- Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, sos Magik Mamy Aimi sebagai bahan perencah.

- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih.

- Dimasukkan pula udang kering/udang basah hingga naik bau.

-Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. 
Kacau hingga sebati.

-Tambahkan garam serta gula secukup rasa.

-Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan cili bengala & bawang besar

-Kacau rata.Jika rasa sudah ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Haa...dah jadi pun Ayam Kam Heong,masakan Cina Muslim yang fofular tuh.
Tak de la susah @ leceh sangat kan?
Jom try masak kay ;)


Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.
Ok tata :D

Jumaat, 1 Januari 2016

Ada apa dengan SOS MAGIK by Mamy Aimi nih ?

SOS MAGIK by Mamy Aimi

Taraaaa...ini lah SOS MAGIK by Mamy Aimi.

Produk terbaru keluaran kami yang diilhamkan selepas menerima banyak feedback positif customers terhadap sos glamor takoyaki dan okonomiyaki Mamy Aimi.
.
Kenape dipanggil SOS MAGIK  ?
.
Ahhaa..kalo nak tahu,sos ni adalah sos serbaguna tau.Kalo sebelum nih sos takoyaki utk takoyaki,sos okonomiyaki utk okonomiyaki,kali ni Mamy Aimi telah keluarkan sos yang boleh diguna pakai utk lebih banyak masakan.


Antaranya :

- Takoyaki
- Okonomiyaki
- Ayam gunting
- Ayam BBQ
- Ketam 3 rasa
- Sambal cecah pisang goreng
- Burger
- Hotdog
- Roti John
- Yong Tau fu
- Steak
- Chicken chop
- Mee goreng
- Char kuew teow
- Sayur goreng
- Nasi goreng
- Siakap stim
- Rojak
- Sotong bakar
-Dan lain-lain lagi
                                            
Masih blur-blur lagi macam mana nak masak guna SOS MAGIK nih?

Jangan risau semua,nanti Mamy Aimi kongsikan resepi dan caranya okkayh?

Keep Calm & Stay Tuned :)

*****************************************

Yang tak tahu mana nak cari Sos Magik brand Mamy Aimi tuh,boleh order online je kat 013-6012797.Senang aje.

Ok tata :D